31 Koleksi Kisah Srikandi: Bidadari Syurga disiarkan dalam Utusan Malaysia

BICARA AGAMA
ARKIB : 23/02/2010

31 Koleksi Kisah Srikandi: Bidadari Syurga

Ditulis oleh Nurasyikin Ahmad

Kabsyah ibu pahlawan terkenal

Kabsyah binti Rafi’ bin Ubaid al-Anshariyah adalah isteri kepada Muaz bin an-Nukman al-Asyhali. Mereka dikurniakan dengan enam orang anak iaitu Saad, Amru, Iyas, Aus, Aqrab dan Ummu Haram.

Kabsyah atau dipanggil dengan nama Ummu Saad pandai mendidik anak. Anaknya yang bernama Muaz dan Amru adalah pahlawan yang terkenal dalam sejarah Islam. Anaknya handal dan tangkas menentang musuh di medan perang.

Semasa Perang Uhud berlaku, anak-anak Kabsayah berada di barisan hadapan. Keberanian Saad dan Amru sangat menggembirakan Nabi Muhammad.

“Nampaknya Saad dan Amru begitu berani berada di barisan hadapan. Kita sepatutnya mengikut jejak langkah mereka,” kata seorang tentera Islam.

“Betul kata awak,” kata seorang lelaki lain pula.

Mereka pun mara ke hadapan. Pertarungan di antara tentera Islam dan musuh semakin sengit. Ramai tentera Islam yang mati syahid. Ini termasuk anak Ummu Saad iaitu Amru.

Tiba-tiba terdengar satu jeritan seorang lelaki mengatakan, “Hamzah ditikam!”

Peristiwa tikaman Hamzah disusuli dengan satu peristiwa yang amat menyedihkan. Hindun binti Utbah membelah dada Hmzah dan memakan jantungnya. Pada masa itu Hindun juga adalah musuh Islam.

Peristiwa kematian pahlawan Islam di medan Perang Uhud begitu menyedihkan. Berita kematian Amru bin Muaz sampai ke pengetahuan ibunya. Wanita-wanita Islam Madinah berkumpul bagi menantikan tentera Islam yang merupakan suami dan ahli keluarga mereka.

“Lihat, Nabi Muhammad berada di atas kuda tunggangannya. Saad pula sedang memegang tali kendali kuda Nabi Muhammad,” kata seorang wanita.

“Ya. Saad bin Muaz selamat,” kata wanita yang lain.

Melihat kelibat Saad, Ummu Saad segera mendapatkan anaknya.

“Wahai Nabi Muhammad, wanita ini adalah ibu saya,” kata Saad kepada Nabi Muhammad.

“Apa khabar puan. Selamat datang,” kata Nabi Muhammad.

Kemudian Ummu Saad berkata, “Syukur alhamdulillah. Tuan selamat dalam Perang Uhud. Lega rasanya hati saya melihat tuan kembali semula.”

“Saya juga mahu ucapkan takziah kepada awak di atas kematian anak awak iaitu Amru. Tetapi awak jangan sedih kerana Allah memberikan balasan syurga kepada orang yang mati syahid,” kata Nabi Muhammad kepada Ummu Saad.

Ummu Saad pun berkata, “Saya reda dengan kematian anak saya. Cuma saya mohon tuan tolong doakan semoga orang lain tidak sedih mendengar berita kematian ahli keluarga mereka di medan Perang Uhud.”

Berita menyedihkan dengan kematian Hamzah juga memberi kejutan bagi mereka. Mereka tidak sangka Hamzah juga turut terkorban di medan perang. Ada juga di antara mereka yang masih belum dapat menerima kenyataan bahawa salah seorang daripada ahli keluarga mereka terkorban.

Nabi Muhammad pun berdoa kepada Allah agar wanita-wanita Islam Madinah itu tidak bersedih dan dapat menerima kenyataan bahawa ahli keluarga mereka mati syahid. Ramai yang berkumpul di rumah bapa saudara Nabi Muhammad iaitu Hamzah. Kematian Hamzah merupakan satu kehilangan yang besar. Masing-masing bersedih dengan pemergian Hamzah.

Cerita Hamzah dirobek jantungnya oleh Hindun juga diketahui oleh penduduk Islam Madinah.

“Tidak berhati perut si Hindun itu. Sanggup dia memakan jantung Hamzah. Semoga Allah membalas perbuatan buruk yang dilakukannya terhadap Hamzah,” kata seorang wanita Islam Madinah.

Lalu ada seorang wanita muda pula berkata, “Kita mesti hapuskan kezaliman orang kafir Quraisy. Kita buat mereka gentar dengan orang Islam.”

Semangat mereka berkobar-kobar. Melihat kematian beberapa orang pahlawan Islam menjadikan mereka orang yang semakin kuat dan bersemangat. Ada juga di antara mereka yang masih sedih dan tidak dapat menahan tangisan.

Ketika Nabi Muhammad melihat kesedihan mereka lalu Nabi Muhammad berkata, “Allah telah reda kepada kamu semua dan anak-anak kamu.”

Kemudian Nabi Muhammad menyuruh wanita-wanita itu bersurai dan berhenti dari terus menangis dan bersedih. Kisah Kabsyah ini merupakan contoh teladan yang baik. Sifat sabar dan redanya itu dibalas oleh Allah dengan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Sumber dipetik dari : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

1 Komen (+add yours?)

  1. bunga pinky
    Okt 10, 2012 @ 12:11:11

    semoga menjadi iktibar bahawa betapa mulianya hidup dengan berjihad di jalan Allah

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 46 other followers

%d bloggers like this: