Dari Catatan Puan Ainon, Sifu PTS
21 Jul 2010 Tinggalkan Komen
in Umum
Pelesenan Siri Ini Sudah Dieksport ke Indonesia
Cerita-cerita dalam siri ini diambil daripada khazanah dunia Islam. PTS sudah menerbitkan 20 judul dalam siri ini.
Semua buku dalam siri ini sudah dilesen oleh penerbit PT Gramedia di Indonesia bagi penerbitan semula di negara itu sebagai edisi Bahasa Indonesia.
PT Gramedia adalah syarikat media terbesar di negara Indonesia. Ia sudah membuka 3 buah cawangan kedai bukunya di Malaysia, dan akan membuka 7 cawangan lagi.
Sehingga hari ini PTS sudah mengeksport lesen hak menterjemah dan menerbitkan lebih 100 judul kepada beberapa penerbit terbesar di Indonesia, antaranya PT Gramedia, PT Mizan dan PT Agromedia.
Masih banyak orang tidak mengetahui cara yang betul mengeksport buku ke Indonesia. Mereka menyangka caranya adalah dengan mengeksport bulat-bulat buku-buku yang diterbitkan di Malaysia dan dicetak di sini ke sana. Cara itu tidak betul. Cara yang betul adalah menggunakan prosedur pelesenan.
(Sumber di petik dari UNIKA PTS: http://universitipts.com/index.php/site/2010/02/P30/)










