Pembaca buku 31 Kisah koleksi Srikandi: Puteri Penawar Hati

Kisah dongeng dan sejarah sebenar srikandi Islam

Kisah dongeng mungkin benar ianya sebuah mitos yang diceritakan sebagai unsur penglipur lara, juga sebagai nasihat komuniti setempat. Semua masyarakat dunia memiliki kisah dongeng yang diturunkan dari generasi ke generasi, dan ianya terus ditokok tambah serta mengalami evolusi. Benarkah kisah dongeng itu hanya dongengan semata-mata? Banyak sudut yang boleh diperhalusi dari sudut agama dan perkembangan budaya masyarakat setempat.

Bukan tujuan saya untuk berbincang berkenaan kebenaran kisah dengeng tersebut. Cumanya saya ingin membuat sorotan berkenaan buku Cerita Dongeng Dari Eropah. Buku ini dijilid secara hard cover, diterbitkan oleh Penerbit Arowana Sdn. Bhd. dan diterjemah/disunting oleh saudara Sulaiman Zakaria.

Bahasa Melayu yang digunakan baik dan moden, sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak sekolah. Walaupun mungkin ianya sekadar mitos, namun banyak unsur nasihat dan pengajaran moral boleh diambil teladan. Semua cerita dongeng mengisahkan kejadian ajaib dan menakjubkan. Walaupun Penerbit Arowana mungkin sebuah penerbit Cina, usaha ini harus dipuji kerana menggunakan tatabahasa bahasa Melayu yang baik.

Cerita dongeng Eropah bersangkut paut dengan sejarah pelayaran manusia di masa lalu. Penglipur lara membawa cerita Asia ke Eropah dan pelayar Eropah membawa dongengan komunti mereka ke benua Asia.

Pastinya kebanyakan cerita dongeng ini telah mengalami asimilasi setempat dan berubah mengikut peredaran masa. Dilaporkan bahawa kisah-kisah dongeng ini pernah dikritik kerana dikatakan tidak memiliki nilai moral yang murni bagi dicontohi oleh kanak-kanak. Walaubagaimanapun, karya genre ini terus berjaya meraduk zaman.

Sementara itu, buku Puteri Penawar Hati yang diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn. Bhd. pula menyajikan cerita-cerita yang menonjolkan sifat, sikap dan watak puteri-puteri Islam yang begitu menyentuh hati. Puteri sering dikaitkan dengan seorang yang dihormati dan dipandang mulia oleh ramai orang. Pasti setiap wanita mahu menjadi puteri yang disenangi oleh ahli keluarga, masyarakat, negara dan agama.

Penggunaan bahasa Melayu juga baik; kontemporari dan Bahasa Melayu Tinggi. Buku ini menghimpunkan 31 kisah srikandi untuk kanak-kanak Islam khususnya.

P/s: Kedua-dua buku ini saya baca dari kulit ke kulit. Saya membelinya untuk anak-anak.

Sumber: http://pasalbuku.blogspot.com/2010/02/kisah-dongeng-dan-sejarah-sebenar.html

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 46 other followers

%d bloggers like this: