Umrah 9 Mac hingga 21 Mac 2012
14 Apr 2012 Tinggalkan Komen
in Umum
Alhamdulillah dengan izin Allah saya, suami dan anak-anak menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2012. Impian untuk menjejakkan kaki ke tiga buah masjid iaitu masjildil Aqsa (Palestin), Masjid Nabawi (Madinah) dan Masjidil Haram( Mekah) tercapai jua akhirnya. Semoga Allah menjemput kami menjadi tetamunya untuk mengunjungi dan menziarahi ketiga-tiga masjid ini sekali lagi. Amin……
Kembara di Bumi Anbia, Palestin
30 Mac 2012 Tinggalkan Komen
in Umum
Salam kepada pembaca yang dihormati, pada 10 Mac 2012 dengan izin Allah saya, suami dan anak-anak selamat sampai di Baitulmuqaddis, Palestin. Kenangan indah yang tidak dapat dilupakan. Impian untuk sampai di Masjidil Aqsa akhirnya tercapai jua dengan izin Allah. SubhanaAllah… itulah perancangan yang ditetapkan oleh Allah kepada tetamunya.
Masjidil Aqsa merupakan tempat yang suci dan tempat yang telah disinggah oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi orang Islam. ditempat itu juga terdapat para nabi dan rasul yang pernah tinggal dan menjalani kehidupan mereka di situ. Antaranya Nabi Ibrahim, Nabi Lut, Nabi Sulaiman, Nabi Yahya, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Daud, Nabi Isa dan Nabi Yahya.
Daripada Abu Darda’ r.a. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, Maksudnya:
“Menunaikan satu solat di Masjidil haran menyamai 100000 solat. Menunaikan solat di masjidku (Masjid Nabawi) menyamai 1000 kali solat dan menunaikan solat di Baitulmuqaddis (Masjid al-Aqsa) menyamai 500 kali solat”.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani)
Suasana di dalam Masjid al-Aqsa
50 Tokoh Islam Yang Mengubah Dunia di Ulang Cetak
28 Jun 2011 2 Komen
in Umum
Senarai Judul Ulangcetak yang Sudah Masuk Gudang PTS Minggu Lalu
50 Tokoh Islam Mengubah Dunia (2000 unit)
Siti Hajar: Citra Cinta dan Pengorbanan di Ulang Cetak
19 Jun 2011 Tinggalkan Komen
in Wanita
Senarai Judul yang Sudah Masuk Gudang PTS Minggu Ini
Judul Ulang Cetak
1. Senangnya Memasak Makanan Laut (5000 unit)
2. Senangnya Memasak Sambal & Sos (5000 unit)
3. Senangnya Memasak Sayur (3000 unit)
4. Hidangan Terbaik Dunia Cina (3000 unit)
5. Diari Hidup Rasulullah (2000 unit)
6. Agenda Yahudi Menakluk Dunia (3000 unit)
7. Siti Hajar (3000 unit)
8. Travelog Haji (Edisi jimat) (3000 unit)
9. Hari 1 Resipi (10,000 unit)
10. Khadijah – Cinta Abadi Kekasih Nabi (2000 unit)
11. Smart Heart (2000 unit)
12. Imam Syafie Pejuang Kebenaran (3000 unit)
13. Otai Tunjuk Bakat (2000 unit)
14. Mufin Manja (2000 unit)
15. Imam Maliki (3000 unit)
16. Abu Bakar – Sahabat Sejati (3000 unit)
17. Offline dengan Syaitan (2000 unit)
18. Ali bin Abi Talib (3000 unit)
19. Hidangan Sesuci Lebaran (3000 unit)
20. Adab Ramadan (2000 unit)
21. Koleksi Doa Terpilih Daripada Hadis (3000 unit)
22. Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah (3000 unit)
23. Komik-M: Smash 20 (3000 unit)
24. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah (8000 unit)
Nota: Maklumat ini disediakan oleh Pn. Miliza Mohd Ghazali, eksekutif di Unit Produksi PTS.
Sumber : http://www.universitipts.com
Siti Hajar: Citra Cinta dan Pengorbanan
07 Jun 2011 Tinggalkan Komen
in Mari Membaca
Ketahuilah…,
Kita adalah insan,
Hamba yang perlukan petunjuk,
Insan yang kekurangan,
Mencari reda dan rahmat Tuhan yang esa.
Sesungguhnya…,
Setiap percaturan kehidupan,
Ada hikmah di sebalik kejadian,
Meskipun tidak terjangkau akal fikiran,
Di situ ada kebesaran dan kekuasaan Tuhan.
Siti Hajar wanita mulia,
Insan terpilih dan istimewa,
Perintah suami dituruti segala,
Diduga Allah meningkat imannya,
Biarpun ditinggalkan di lembah tandus dan gersang,
Bersama Ismail putera tercinta,
Jiwanya tabah menempuh rintangan.
Perintah Tuhan, Hajar laksanakan,
Di lembah Bakkah tandus dan kering-kontang,
Bekalan makanan sedikit tersisa,
Habis semua kembali lapar dan dahaga,
Kuasa Tuhan tiada siapa mampu menghalang,
Terpancarlah mata air zamzam,
Kurniaan Tuhan berlimpah-limpah.
Bukit Safa dan Marwa menyaksikan keimanan,
Berlari-lari tujuh kali Hajar laksanakan,
Hikmah di sebalik apa dilakukan,
Itulah sai dikerjakan insan.
Menunaikan ibadah haji,
Diumpamakan insan yang lahir bersifat bersih dan suci,
Di kota Mekah manusia mengerumuni,
Mengakui kelemahan diri,
Dalam sebuah pencarian kehidupan ini,
Ibadah korban ditunaikan tanda cinta sejati,
Mencari reda daripada Ilahi,Kerana Tuhan adalah…,
Yang maha benar dan hakiki.
Pembaca yang dihormati, kepada pembaca-pembaca karya Nurasyikin Ahmad buku Siti Hajar ini boleh didapati di kedai buku MPH, Popular Bookstore, bookcafe PTS dan kedai buku lain yang berhampiran dengan kawasan kediaman anda. Semoga terhibur membaca buku ini…
Buku Siti Hajar Citra Cinta dan Pengorbanan di Pesta Buku Mydin 2011
05 Jun 2011 Tinggalkan Komen
in Pelbagai
Hari Sabtu 4 jun 2011 saya sempat ke Pesta Buku Mydin 2011. Kepada peminat buku-buku PTS dijemput datang ke Mydin Mall USJ Subang Jaya. Buku saya yang bertajuk Siti Hajar Citra Cinta dan Pengorbanan ada dijual disitu. Selamat membaca…
Siri Kisah Nabi: Nabi Muhammad Utusan Tuhan
03 Jun 2011 Tinggalkan Komen
in Pelbagai
Kisah Nabi Muhammad Utusan Tuhan ini sedang rancak saya tulis. Semoga penulisan buku siri kisah nabi ini berjalan dengan lancar. Buku ini akan di terbitkan oleh PTS Islamika Sdn. Bhd. Nantikan kemunculannya….
31 Koleksi Kisah Sahabat: Sayap dari Syurga di ulang cetak Tahun 2011
30 Mei 2011 Tinggalkan Komen
in Umum
Senarai Judul yang Masuk Gudang PTS Minggu Lalu
JUDUL BARU
1. Budak Surau (3000 unit)
2. Kembara Tetamu Allah (3000 unit)
3. Shamsiah Fakeh (3000 unit)
4. 101 Info: Seronoknya Berpuasa (5000 unit)
JUDUL ULANGCETAK
1. Aku Mahu Popular (2000 unit)
2. Aku Mahu Buli (2000 unit)
3. 31 Koleksi Kisah Sahabat: Sayap Dari Syurga (2000 unit)
4. Adam Kecil: Dicakar Hantu (2000 unit)
5. Aku Mahu Saiz S (2000 unit)
6. Akukah Cinderela Itu? (3000 unit)
7. Senangnya Memasak Tauhu & Telur Millennia (3000 unit)
8. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau (3000 unit)
9. Senangnya Memasak Nasi (8000 unit)
10. Senangnya Memasak ikan (8000 unit)
11. Misi Suhana: Saya Sayang Papa (2000 unit)
12. Pen Merah Pen Biru (2000 unit)
13. Hidangan Terbaik Dunia Siam (5000 unit)
14. Senangnya Memasak Makanan Barat (5000 unit)
Sumber: http://www.universitipts.com
Promosi Buku Siti Hajar Citra Cinta dan Pengorbanan
24 Mei 2011 Tinggalkan Komen
in Umum
POPULAR Melancarkan Kempen Promosi Besar-Besaran Menjelang Musim Bulan Puasa dan Raya
Rangkaian kedai buku POPULAR akan melancarkan kempen besar-besaran dengan tema ‘Ramadan@Popular: Membaca, Beribadah Sambil Beramal’ bermula pada 3 Jun 2011 hingga 14 Ogos 2011. Semua cawangan Popular di seluruh Malaysia akan terlibat dalam promosi ini. POPULAR akan mengiklankan promosi ini dalam akhbar Berita Harian bahagian nasional dan Utusan Borneo sebanyak 6 kali sepanjang promosi berlangsung.
Sebanyak 30 buku PTS dipilih untuk kempen promosi itu. Di bawah ini senarai buku PTS yang akan terbit mengikut tarikh keluar iklan.
3 Jun 2011
1. Imam-imam yang Benar
2. Al Amin
3. 3I: Islam, Iman & Ihsan
4. Travelog Impian Abadi
5. Travelog Haji: 50 Tip Motivasi
17 Jun 2011
1. Israk & Mikraj: Tinjauan Saintifik di sebalik Kontroversi
2. Akademi Ramadan
3. Puasa Terapi dalam Ibadah
4. Travelog Ramadan: Menyingkap Tabir Hamba & Pencipta
5. Peristiwa Bersejarah Ramadan
1 Julai 2011
1. 50 Hidangan Penambat Selera
2. Resepi Kek dan Biskut
3. Resepi Lebaran
4. Resepi Sihat & Mudah: Pembuka Selera
5. Resepi Berbuka Puasa
15 Julai 2011
1. Rahsia Kecantikan Kulit Wajah
2. Mari Belajar Crochet
3. Kraf Bunga daripada Beg Plastik
4. Busana Muslimah
5. Sulaman Riben bersama Ribbon Chanteq
29 Julai 2011
1. Dwilogi Padang Bulan
2. Ranah 3 Warna
3. Siti Hajar Citra Cinta dan Pengorbanan
4. Perang Badar
5. Perang Khaibar
5 Ogos 2011
1. 101 Akhlak Rasulullah
2. 101 Info: Seronoknya Berpuasa
3. 31 Kisah Nabi
4. Komik M Raya #3
5. Duit Raya dari Syurga
Sumber: http://www.universitipts.com

















