Basahkan Lidahmu dengan Ayat al-Quran Setiap Hari

Rata-rata dewasa ini kita lihat anak-anak muda berebut-rebut untuk menghadiri audition Akademi Fantasia. Ada juga yang cuba-cuba mendekatkan diri dengan program Malayisan Idol. Mawi ‘World’ sudah terkenal dibibir-bibir anak kecil. Sebut saja nama Mawi, mereka boleh menyanyikan semula bait-bait lagu ‘Lagu Jiwa Lagu Cinta’. Malah semua golongan masyarakat turut terhibur dengan nyanyian-nyanyian yang berkumandang dicorong-corong radio dan televisyen. Bermacam jenis aneka dan kategori muzik yang boleh kita dengar setiap hari.

Ada juga lagu-lagu yang mengkhayalkan si pendengar. Ada yang terleka mendengar kesedapan dan kemerduan suara si penyanyi. Bagi lagu-lagu yang mempunyai bait-bait kata yang baik adalah satu contoh yang baik dan perlu di teruskan.

Perkara-perkara yang mengkhayalkan manusia boleh menyebabkan manusia mudah di pengaruhi oleh syaitan. Salah satu cara untuk mengelakkan diri daripada hasutan syaitan ialah dengan membaca al-Quran.

Kita digalakkan membaca al-Quran di mana-mana sahaja kita berada kecuali tempat yang kotor dan bernajis. Membaca al-Quran di dalam rumah adalah salah satu cara bagi kita menjemput para malaikat datang ke rumah kita.

Pernah di laporkan oleh Abu Sa’iid al-Kudri, bahawa pada suatu malam ada seorang lelaki sedang membaca al-Quran. Lelaki itu bernama Usaid bin Hudhair. Pada malam itu Usaid bin Hudhair membaca surah al-Baqarah. Pada tempat beliau membaca al-Quran itu ada seekor kuda yang ditambatnya di situ. Anaknya yang bernama Yahya juga ada tidur berdekatan dengan tempat itu.

Usaid bin Hudhair terus membaca surah al-Baqarah. Tiba-tiba beliau ternampak kuda yang ditambatnya itu meronta-ronta seperti mahu dilepaskan.

“Mengapakah kuda ini meronta-ronta pada malam ini. Ada apa-apa yang tidak kenakah?” bisik Usaid seorang diri.

Kemudian Usaid berhenti daripada membaca al-Quran seketika. Sebaik sahaja beliau berhenti mengaji dilihatnya kudanya itu berhenti meronta-ronta. Sebentar kemudian beliau meneruskan membaca surah itu.

Kudanya meronta-ronta sekali lagi. Ini adalah kali kedua kudanya berkelakuan seperti itu.

“Aneh pula kelakuan kuda saya pada malam ini. Mengapa kuda ini meronta-ronta?” terdetik soalan itu dalam fikiran Usaid.

Usaid menerusakan semula membaca surah al-Baqarah itu. Kali ini kudanya itu meronta-ronta ke hulu ke hilir. Usaid memandang tepat ke arah kudanya itu. terfikir pula beliau akan keselamatan anaknya yang sedang tidur berdekatan tempat itu.

“Ini tidak boleh jadi. Nanti dipijak pula si yahnya ini,” kata Usaid bimbang kudanya akan memijak anaknya itu.

Usaid pun bangun menuju ke tempat kuda itu ditambat. Pada masa itu Usaid terlihat ada cahaya yang bersinar-sinar pada sekumpulan awan di atas langit. Sehinggalah ia hilang dari pandangannya.

Pada keesokan harinya Usaid tidak sabar-sabar menceritakan pengalaman itu kepada Nabi Muhammad. Awal pagi itu, beliau terus berjumpa dengan Nabi Muhammad.

Beliau menceritakan satu demi satu kisah yang di alaminya pada malam itu. Nabi Muhammad mendengar dengan teliti kisah yang dicerita oleh Usaid.

Selepas mendengar cerita dari Usaid itu lalu Nabi Muhammad pun menjawab, “Sebenarnya itu adalah tanda bahawa para Malaikat ingin mendengar awak membaca al-Quran. Sekiranya awak terus membaca al-Quran tentu orang lain juga akan nampak apa yang tersembunyi itu.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: