Kanak-kanak Takut Hantu

Apabila kita tanya kepada kanak-kanak “Adik takut hantukah?”

Mereka akan menjawab, “Ya. Takut sebab hantu hisap darah.”

Perkara ini bermain-main dan berlegar-legar di kotak fikiran mereka. Kanak-kanak yang takut hantu ini akan takut walaupun berada di dalam rumah. Hatta hendak ke tandas sekalipun kanak-kanak ini takut walaupun pada ketika itu mereka berada di dalam rumah.

Filem seram “Jangan pandang Belakang” dan cerita-cerita seram yang lain, benar-benar menakutkan kanak-kanak yang menonton cerita itu. Walaupun sudah diberitahu dalam permulaan cerita itu bahawa kanak-kanak tidak digalakkan menonton tetapi dedahan cerita yang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa menyebabkan mereka turut menonton sehingga habis cerita.

Perlukah kita terus menyajikan anak-anak yang masih kanak-kanak ini dengan cerita-cerita sebegini? Minda kanak-kanak sepatutnya di tanam dengan dengan perkara-perkara yang mencabar dan mendatangkan kebaikan kepada diri mereka.

Mulai pada hari ini bagi kanak-kanak yang takutkan hantu banyakkan membaca Bismillah dan mengaji Iqra’ serta al-Quran. Kita jangan takut pada hantu tetapi takutlah pada Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: