Jangan Lupa Diri Apabila Harga Minyak Naik

Kenaikan harga minyak RM0.78 sen seliter baru-baru ini menyebabkan ramai yang menyatakan rasa tidak puas hati. Penduduk luar bandar hingga ke penduduk bandar turut merasakan kejutan harga minyak ini.

Rata-rata memberitahu bahawa tindakan yang dibuat oleh kerajaan ini membebankan rakyat. Bagi golongan yang berpendapatan rendah dengan kenaikan harga minyak ini sudah tentu memberi tekanan dalam hidup mereka.

Apabila harga minyak naik maka secara tidak langsung akan memberi impak kepada kenaikan harga barang lain. Ini termasuklah keperluan barang dapur, pengangkutan, elektrik dan sebagainya. Kesan harga minyak naik, menyebabkan golongan berpendapatan rendah, golongan miskin hatta golongan yang tinggal dibandar juga akan terus tertekan.

Tekanan dalam hidup menyebabkan keadaan ibu bapa dan keluarga menjadi kucar-kacir. Perbelanjaan yang besar terutamanya golongan yang tinggal di bandar merumitkan lagi keadaan.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah tekanan hidup ini. sekiranya tekanan hidup ini tidak dibendung sudah tentu anak-anak yang akan menjadi mangsanya. Justeru itu, ibu bapa perlu bijak menangani tekanan hidup ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: