Sultan yang Bijaksana

Muhammad Al-Fatih merupakan seorang Khalifah atau pemerintah pada zaman kerajaan Islam Uthmaniah. Muhammad Al-Fatih adalah anak kepada Sultan Murad II. Muhammad Al-Fatih pernah memangku jawatan khalifah semasa berumur dua belas tahun iaitu semasa Sultan Murad II pergi bersuluk ke Pulau Magnesia.

Semasa umur Muhammad Al-Fatih berumur sembilan belas tahun baginda telah dilantik menjadi sultan dan memerintah kerajaan Turki Uthmaniah selama tiga puluh tahun. Sultan Muhammad Al-Fatih adalah seorang panglima tentera agung dan pernah memimpin sebanyak dua puluh lima siri peperangan.

Selepas menaiki takhta kerajaan Islam Uthmahiah, Sultan Muhammad Al-Fatih bertungkus lumus memikirkan strategi dan cara yang terbaik untuk menawan kota Costantinople. Sultan Muhammad Al-Fatih menawan kota Costantinople kerana ingin membebaskan kota itu daripada kezaliman kerajaan Byzantine. Hampir setiap malam Sultan Muhammad Al-Fatih mengkaji pelan kedudukan Kota Costatinople untuk mengatasi segala kelemahan dan kegagalan siri peperangannya sebelum ini.

Pada satu malam, Sultan Muhammad Al-Fatih mengumpulkan beberapa orang panglima perangnya dan menyatakan cadangan yang terbuku di dalam fikirannya.

“Beta mempunyai satu cadangan untuk menewas tentera Byzantine,” kata Sultan Muhammad Al-Fatih.

“Apakah cadangan tuanku itu? Patik-patik yang hadir ini sedia mendengarnya ujar salah seorang panglima tentera yang hadir pada malam itu.

“Beta berpendapat sudah tiba masanya kita mempersiapkan diri dengan senjata-senjata moden seperti meriam besar yang boleh menembak pada jarak jauh,” jelas Sultan Muhammad Al-Fatih dengan bersemangat.

Panglima-panglima perang yang hadir pada malam itu mendengar dengan teliti segala cadangan yang dikemukan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih. Ada panglima yang mengangguk dan ada juga panglima yang tidak terfikir dengan pendapat yang diutarakan Sultan Muhammad Al-Fatih itu.

Kita akan bina benteng di tebing Selat Bosphorus yang bertentangan dengan benteng Anadolu Hisar,” terang Sultan Muhammad Al-Fatih lagi.

“Mengapakah kita perlu membina benteng lagi sedangkan sudah terdapat benteng Anadolu Hisar?” tanya salah seorang panglima tentera itu.

“Bagus pertanyaan kamu itu,” kata Sultan Muhammad Al-Fatih.

“Tujuan sebenar benteng ini dibina adalah untuk mengawal keluar masuk kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Kita akan mengawal dengan rapi diseluruh perairan Selat Bosphorus,” titah Sultan Muhammad Al-Fatih.

“Patik bersetuju dengan pendapat tuanku itu,” jawab salah seorang panglima tentera kerajaan Islam Uthmaniah itu.

“Tuanku, patik ada satu kemusykilan. Bagaimanakah sekiranya kerajaan Kota Constantinople mendapat bantuan daripada pihak-pihak lain?” tanya panglima perang itu.

“Beta akan mengadakan hubungan baik dengan beberapa pihak seperti Wallachia, Serbia dan Hungary. Beta akan berbincang dengan pihak mereka supaya tidak memberi bantuan kepada Constantinople pada masa peperangan nanti,” titah Sultam Muhammad Al-Fatih.

Peperangan diantara Kerajaan Islam Uthmaniah dan kota Constantinople pun bermula. Sultan Muhammad Al-Fatih mengetuai pasukan tentera-tentera Islam ke medan peperangan. Seramai seratus lima puluh ribu orang tentera Islam diarah mara ke kota Constantinople.

Sultan Muhammad Al-Fatih membawa para ulamak dan pakar-pakar motivasi yang terkenal mengikuti siri peperangan itu. Sementara ulamak dan pakar-pakar motivasi ini bertungkus lumus memberi kata-kata semangat kepada tentera-tentera Islam Uthmaniah.

“Jihad di jalan Allah!” itulah antara kata-kata motivasi yang diungkapkan oleh para ulamak dan pakar-pakar motivasi yang turut serta dalam peperangan itu.

Seramai seratus lima puluh ribu orang tentera Islam Uthmaniah menghampiri kota Constantinople. Kesemua tentera Islam Uthmaniah sudah mempunyai semangat jihad yang tinggi selepas para ulamak dan pakar motivasi meniupkan kata-kata semangat kepada tentera itu.

“Berhenti di sini dahulu,” titah Sultan Muhammah Al-Fatih kepada pasukan tentera-tenteranya itu.

“Laungkan azan! Kita akan solat berjemaah sebelum kita melawan musuh. Semoga Allah membantu kita,” titah Sultan Muhammad Al-Fatih.

Tentera-tentera Byzantine sedang melihat seramai seratus lima puluh ribu orang tentera Islam Uthmaniah sedang khusyuk bersolat jemaah. Laungan takbir “Allahuakbar” mengerunkan lagi semangat tentera-tentera Byzantine.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: