Tips Elak Bayi Tercekik Ketika Makan

Kita pasti suka melihat bayi yang kuat makan. Terutamanya bagi bayi yang berusia enam bulan ke atas. Mereka ini begitu selera ketika berhadapan dengan hidangan makanan yang lazat. Keselamatan bayi ketika makan perlu di ambil perhatian. Hal ini bagi memastikan bayi tersebut terhindar daripada risiko tercekik ketika makan. Terdapat beberapa tips untuk mengelak bayi daripada tercekik ketika makan. Antaranya ialah:

  • Apabila bayi menyuap sendiri ketika makan, pastikan mereka berada di bawah pengawasan ibu bapa. Kita tidak boleh membiarkan mereka makan seorang diri.
  • Semasa kita menyediakan makan seperti sayur, buah, ikan, ayam atau lain-lain, kita perlu memastikan ianya dipotong kecil-kecil. Ini akan memudahkan bayi tersebut makan dengan tenang dan selesa.
  • Makanan yang keras seperti gula-gula, kacang dan buah-buahan yang keras perlu dielakkan. Anak-anak memang suka kepada gula-gula atau makanan yang manis, tetapi sebagai ibu bapa kita perlu tegas dan cuba elakkan mereka memakannya. Makanan tersebut mudah tercekik.
  • Buah-buahan yang ada biji seperti tembikai, anggur dan pear perlu dibuang bijinya dahulu. Sebelum anak makan, ibu bapa pastikan biji buah tersebut sudah dibuang. Buah itu perlu dipotong kecil.
  • Bayi akan makan dengan banyak ketika mereka rasa lapar. Apabila mereka kenyang mereka akan berhenti makan walaupun pada ketika itu kita masih menyuap mereka makan. Bayi tidak boleh dipaksa untuk terus makan. Apabila kita melihat anak kita sudah tidak mahu makan kita perlu berhenti daripada menyuap makanan ke mulut mereka.

Pastikan sebelum ibu bapa menyediakan makanan untuk bayi, tangan perlu bersih. Bayi mudah dijangkiti kuman apabila kita tidak membasuh tangan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: