Ingin Berjaya Menjadi Seorang Usahawan?

Buku ini mengupas 44 kesilapan lazim yang dilakukan dalam urusan bisnes harian. Kesilapan-kesilapan ini dikategorikan kepada tiga punca utama iaitu kesilapan daripada diri sendiri, kesilapan merancang dan kesilapan dalam pemasaran. Turut diselitkan cara-cara mengatasinya dengan efektif. Anda berpeluang menjadi usahawan yang berjaya sekiranya mengetahui punca-punca bisnes gagal . Pengetahuan awal ini boleh dijadikan pencetus motivasi dan cabaran mendepani ‘sepak terajang’ dunia bisnes. Mana-mana bisnes hanya berjaya apabila ia diasaskan daripada perspektif usahawan. Bisnes yang berjaya adalah bisnes yang dicipta mengikut realiti dunia bisnes, bukan kerana pemilik bisnes itu. Dengan kata lain, bisnes yang berjaya tidak dibina oleh orang yang luar biasa, tetapi ia dibina oleh orang yang membuat perkara luar biasa. Semua orang boleh jadi usahawan yang terbilang, anda cuma perlu tahu bagaimana caranya. Ikuti langkah demi langkah yang terkandung dalam buku ini dan anda pasti berjaya sebagai usahawan. Sesuai bagi usahawan dan individu yang bercita-cita menceburi bisnes supaya kesilapan-kesilapan lazim ini dapat dielakkan seterusnya berjaya dalam bisnes.

2 Komen (+add yours?)

  1. bro phone
    May 18, 2009 @ 02:53:46

    teruskan,moga sucsess.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: