Rahsia Makan Keju

Sebulan yang lepas saya menghantar anak berjumpa doktor pakar kanak-kanak. Anak saya baru berusia sebelas bulan. Berat badannya agak kurang. Doktor Pakar kanak-kanak itu mengesyorkan agar saya memberikan anak makan keju.

Menurut doktor bayi seperti itu boleh makan keju. Selepas pulang ke rumah saya bergegas ke pasar raya dengan tujuan membeli keju. Keju yang dicari pun dapat. Saya pulang ke rumah dan memberikan anak makan keju. Bermula pada hari itu anak saya akan makan keju setiap hari. Satu hari saya hadkan hanya satu keping keju.

Perubahan berat badan anak memang bertambah. Saya gembira bila melihat selera makannya bertambah. Apa sahaja yang kita makan pasti dia juga mahu merasanya. Keju juga mempunyai kahasiatnya yang tersendiri.

Antara khasiat keju ialah kandungan kalsiumnya yang tinggi sesuai untuk kanak-kanak. Keju juga dapat melindungi gigi anak-anak anda daripada rosak. Selain daripada mempunyai sumber protein yang baik, keju juga merupakan sumber vitamin A, D dan B12.

Bagi kanak-kanak yang tidak bermaya, keju boleh menambahkan tenaga anak anda kerana ia mengandungi kandungan Fosfor. Ia juga boleh menjaga kesihatan tulang anak anda.

Selepas ini anda jangan bimbang atau risau jika anak anda kurang berat badan. Bagi sahaja anak anda makan keju.

Tinggalkan komen