Tarik Perhatian Anak Untuk Ikut Arahan

Sebagai seorang ibu sudah tentu mahu melihat anak kita sentiasa patuh dan taat kepada kedua ibu bapanya. “Bapa borek anak rintik” adalah ungkapan yang sering digunakan bagi menggambarkan keadaan dan tingkah laku anak-anak. “Melentur buluh biar dari rebungnya” adalah ungkapan terbaik untuk mendidik anak-anak.

Ibu atau bapa pasti akan cepat melenting atau meradang melihat anak yang berusia 5 atau enam tahun sudah pandai melawan cakap mereka. Nasihat yang diberikan oleh ibu bapa itu tidak diendahkan oleh anak tersebut. Memanglah mereka masih budak. Sudah pasti tanggapan orang dewasa, “Budak kecil macam itu tidak faham bahasa. Mereka seronok bermain sahaja.”

Anak yang sukar mendengar arahan biasanya adalah anak yang aktif di rumah. Jika orang dewasa ada egonya, kanak-kanak juga ada ego mereka sendiri. Ada beberapa cara untuk menarik perhatian anak supaya mendengar arahan yang diberikan oleh ibu bapa.

Cakap dengan nada yang lembut dan tegas merupakan cara untuk menarik perhatian anak. Anak akan ikut arahan ibu bapa apabila nada suara yang dikeluarkan tidak tinggi seperti marah. Biasanya anak akan cepat membantah atau tidak memperdulikan arahan ibu bapa apabila arahan yang diberikan kepada mereka berbentuk paksaan dan marah. Anak-anak tidak suka dipaksa dan dimarahi. Anak yang sering dimarah dan dipaksa akan menjadi anak yang keras hatinya. Secara tidak langsung ia akan meninggalkan kesan yang tidak baik. Anak itu akan menjadi seorang yang sukar untuk didisplinkan.

Apabila anak anda mula menunjukkan tingkah laku tidak memperdulikan arahan anda, segera datang dekat kepadanya dan menyentuh badannya. Ini boleh dilakukan sama ada dengan memengang tangannya atau memeluknya. Cara ini akan menarik perhatian anak. Anak akan merasakan bahawa dirinya diberi perhatian. Selain daripada itu anak akan mudah mendengar nasihat yang diberikan oleh ibu bapa mereka.

Sekiranya kita mahu anak-anak membantu kita membuat kerja rumah, cara terbaik adalah dengan memujinya terlebih dahulu. Contohnya, “Lutfi anak yang baik dan rajin. Lutfi pandai mengemas rumah. Tolong Ummi kemaskan mainan yang bersepah ini.” selalunya pujian sebegini akan menarik minat anak untuk membantu kita. Anak-anak merasakan bahawa diri mereka dihargai. Selepas mereka selesai membantu kita dirumah kita ucapkan terima kasih di atas pertolongannya itu. Apabila mereka sudah biasa dengan keadaan ini, lama-kelamaan mereka akan mengemas barang mainan yang bersepah itu tanpa disuruh oleh ibu bapa mereka.

Apabila kita menasihati anak, kita perlu memandang tepat matanya. Cara ini akan memudahkan anak untuk fokus kepada arahan dan nasihat yang ibu bapa berikan. Nasihat yang ingin diberikan perlu jelas.

Jangan sesekali kita memberi arahan kepada anak-anak ketika anak-anak sedang asyik menonton televisyen. Biasanya anak-anak tidak akan memperdulikan apa yang disuruh oleh ibu bapa pada waktu mereka sibuk dengan kerja yang mereka sedang lakukan. Contohnya ketika anak-anak sedang asyik menonton televisyen, mewarna buku kegemaran atau melukis gambar yang mereka suka. Cari masa yang sesuai untuk memberi arahan dan nasihat kepada anak anda.

Teknik yang betul dan masa yang sesuai untuk memberi arahan dan nasihat kepada anak memainkan peranan yang peting. Ibu bapa perlu bijak mengatur strategi untuk menarik perhatian anak-anak mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: