31 koleksi Kisah Sahabat: Sayap dari Syurga

Nabi Muhammad pernah berkata “Allah akan mengantikan tangan Jaafar dengan sayap. Dia akan dapat terbang mengelilingi syurga.” Beliau terkenal dengan gelaran Thayyar iaitu orang yang terbang seperti burung.

Ikuti kisah selanjutnya……

(Sumber: Sudutan cerita dari Buku ‘Sayap Dari Syurga’)

Kesilapan 1: Tidak mengenal potensi diri

Pernahkah anda bertemu dengan peniaga yang asyik mengeluh dengan bisnesnya? Berapa ramai pula kenalan anda yang pernah memasuki bisnes MLM tetapi akhirnya tidak berjaya menjual satu produk pun? Ramai orang yang gagal dalam bisnes bukan kerana mereka tidak pandai berniaga, tetapi mereka salah memilih jenis bisnes yang sesuai dengan personaliti mereka.

Kajian menyatakan bahawa usahawan-usahawan yang telah berjaya dengan cemerlang mempunyai personaliti yang serupa. Personaliti mereka yang serupa itu didapati mengatasi persamaan yang terdapat pada latar belakang akademik, pengalaman atau kepakaran mereka. Dalam kata lain, jenis personaliti seseorang adalah faktor penting bagi menentukan kejayaan dalam bidang bisnes.

Kajian juga mendapati bahawa ramai usahawan yang berjaya dalam bisnes memiliki tiga ciri berikut:

1. Mereka adalah pemimpin yang semulajadi. Anda tidak mungkin memimpin orang lain jika anda tidak dapat memimpin diri sendiri terlebih dahulu. Seseorang yang dapat mengurus dirinya, pasti dapat mengurus orang lain. Seseorang yang berjaya menguruskan orang lain dengan baik pasti beroleh kejayaan.

2. Mereka mampu bekerja dengan baik walaupun dalam keadaan tertekan. Semua orang tidak dapat lari dari masalah. Di rumah ada masalah. Di tempat kerja pun ada masalah. Mereka yang telah berjaya mampu mengawal emosi ketika dilanda masalah dan tekanan. Dengan mengawal emosi, mereka mengawal keadaan.

3. Mereka adalah penyelesai masalah yang hebat. Semua orang yang waras boleh menyelesaikan masalah dan setiap masalah mempunyai lebih dari satu penyelesaian. Orang yang berjaya dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang paling kreatif dan berkesan.

(Sumber: Sudutan dari Buku Mengapa Bisnes Gulung Tikar)

Tips Elak Diri Dari Gangguan Syaitan

Allah telah berfirman dalam surah Qaaf ayat 39 hingga 40 maksudnya:

“Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhan-Mu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai mengerjakan solat.”

Sebagai seorang manusia kita hendaklah sentiasa berzikir dan berdoa kepada Allah. Apabila kita membaca zikir-zikir yang menjadi amalan Nabi Muhammad s.a.w, bermakna kita telah cuba menghindari diri dari gangguan syaitan.

Mengikut al-Syahid Imam Hassan al-Banna dengan membaca al-Ma’thurat kita boleh terhindar dari ganggguan syaitan. Antara gangguan syaitan ini termasuklah sihir, dirasuk syaitan dan seumpamanya. Gangguan syaitan sering berlaku disekitar kita. Oleh itu kita perlu bersiap sedia dan sentiasa mengamalkan zikir-zikir dan berdoa pada setiap masa.

Di dalam al-Ma’thurat dimulakan dengan membaca ucapan “Aku bermohon perlindungan Allah, Maha mendengar, Maha mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam.”

Dilaporkan dari Annas r.a, Nabi Muhammad s.a.w ada berkata bahawa, “Sesiapa yang membaca ucapan tersebut pada waktu pagi, maka dia akan dilindungi dari gangguan syaitan yang direjam sehingga ke petang.”

Antara isi kandungan al-Ma’thurat ialah bacaan surat al-Fatihah, surah al-Baqarah, ayat kursi dan zikir-zikir Ma’thurat yang lain.

Dilaporkan dari Ibn Mas’ud, Nabi Muhammad berkata, “Sesipa yang membaca sepuluh ayat dari surah al-Baqarah di awal siang nescaya dia tidak didekati oleh syaitan sehingga ke petang. Sekiranya dibaca pada waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sehingga waktu pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya.”

Semoga kita menghayatinya dan mengamalkan membaca al-Ma’thurat pada setiap hari.

Doa untuk Diri

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ketegaran dalam menghadapi segala permasalahan. Aku memohon dengan sangat kepada-Mu untuk berkenan memberikan curahan petunjuk, serta aku memohon kepada-Mu dapat mensyukuri nikmat dan rajin melakukan ibadah.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu lisan yang jujur dan hati yang lurus. Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan yang Engkau ketahui, aku memohon kepada-Mu curahan keampunan dari segala dosa yang Engkau ketahui. Sebab hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib.”

(Hadis Riwayat Imam Tarmidzi)