Kesilapan 1: Tidak mengenal potensi diri

Pernahkah anda bertemu dengan peniaga yang asyik mengeluh dengan bisnesnya? Berapa ramai pula kenalan anda yang pernah memasuki bisnes MLM tetapi akhirnya tidak berjaya menjual satu produk pun? Ramai orang yang gagal dalam bisnes bukan kerana mereka tidak pandai berniaga, tetapi mereka salah memilih jenis bisnes yang sesuai dengan personaliti mereka.

Kajian menyatakan bahawa usahawan-usahawan yang telah berjaya dengan cemerlang mempunyai personaliti yang serupa. Personaliti mereka yang serupa itu didapati mengatasi persamaan yang terdapat pada latar belakang akademik, pengalaman atau kepakaran mereka. Dalam kata lain, jenis personaliti seseorang adalah faktor penting bagi menentukan kejayaan dalam bidang bisnes.

Kajian juga mendapati bahawa ramai usahawan yang berjaya dalam bisnes memiliki tiga ciri berikut:

1. Mereka adalah pemimpin yang semulajadi. Anda tidak mungkin memimpin orang lain jika anda tidak dapat memimpin diri sendiri terlebih dahulu. Seseorang yang dapat mengurus dirinya, pasti dapat mengurus orang lain. Seseorang yang berjaya menguruskan orang lain dengan baik pasti beroleh kejayaan.

2. Mereka mampu bekerja dengan baik walaupun dalam keadaan tertekan. Semua orang tidak dapat lari dari masalah. Di rumah ada masalah. Di tempat kerja pun ada masalah. Mereka yang telah berjaya mampu mengawal emosi ketika dilanda masalah dan tekanan. Dengan mengawal emosi, mereka mengawal keadaan.

3. Mereka adalah penyelesai masalah yang hebat. Semua orang yang waras boleh menyelesaikan masalah dan setiap masalah mempunyai lebih dari satu penyelesaian. Orang yang berjaya dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang paling kreatif dan berkesan.

(Sumber: Sudutan dari Buku Mengapa Bisnes Gulung Tikar)

1 Komen (+add yours?)

  1. bro phone
    May 18, 2009 @ 02:55:21

    bisnes ni perlu byk kesabaran dan ketahanan,ujian akan sering datang untuk menguji tahap kesabaran n ketahanan kita

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: