Nasihat kepada calon-calon DPLI dan KPLI

Salam buat semua graduan-graduan yang sudah jenuh memohon KPLI dan DPLI. Kepada graduan yang berjaya mendapat tempat mengikuti DPLI dan KPLI tahniah diucapkan. Gunakan peluang yang anda dapat itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Selepas tamat DPLI atau KPLI nanti didiklah anak bangsa kita dengan sejujur-jujurnya dan amanah.

Saban tahun, beribu-ribu permohonan KPLI dan DPLI dibuat oleh graduan-graduan menganggur yang teringin menjadi cikgu. Ada yang tidak jemu mengisi borang secara on- line setiap tahun. Ada yang betul-betul berminat, berjaya melepasi Ujian MEdsi dan MTest tetapi tidak pandai menjawab soalan semasa temuduga. Bukannya tidak pandai, tetapi jawapan yang diberikan kepada ahli panel penemuduga kurang memuaskan hati ahli panel tersebut. Maka mereka gagal mendapat tempat untuk mengikuti KPLI dan DPLI.

Graduan-graduan kita semuanya berilmu pengetahuan. Mereka juga berketrampilan dan rajin mempelajari sesuatu yang baru. Nasihat saya kepada anda semua, jangan bazirkan masa anda hanya dengan menanti bila anda akan dapat mengikuti DPLI atau KPLI. Atau jangan bazirkan masa anda hanya dengan menanti kerja datang kepada anda. Buat sesuatu yang berfaedah. Banyak lagi bidang kerjaya yang anda boleh ceburi. Antaranya anda boleh menulis, berniaga, jadi penjual insuran takaful, MLM dan sebagainya yang mendatangkan hasil yang lumayan.

Mungkin ada individu yang akan berkata, “Saya tidak ada modal untuk berniaga. Bagaimana hendak berniaga?” Bagi seorang suri rumah yang berijazah pula ada yang berkata “Saya ini susah hendak keluar rumah. Tinggalkan anak. Anak tidak ada orang yang hendak jaga. Lagipun saya tidak ada lesen memandu kenderaan.” Bagi graduan yang sudah bertahun-tahun minta kerja pula akan berkata, “Susah sangat hendak cari kerja sekarang ini. Saya hendak cari kerja tetap. Sudah berpuluh kali saya minta kerja dengan kerajaan tetapi tidak pernah dapat.” Bermacam-macam keluhan yang kita akan dengar daripada graduan-graduan yang sudah jenuh memohon kerja kerajaan atau swasta.

Bagi graduan yang tidak pernah jemu memohon pekerjaan dengan pihak kerajaan dan akan terus memohon kerja tersebut banyakkan berdoa kepada Allah. Bagi graduan yang sudah ada azam baru dan mahu bekerja sendiri (maknanya tidak makan gaji) teruskan cita-cita anda itu. Semoga segala usaha yang anda lakukan diberkati oleh Allah jua.

1 Komen (+add yours?)

  1. CIKG WAN
    Mar 16, 2009 @ 16:31:31

    Exam MTEST tak lama lagi. Dapatkan segera rahsia & panduan MTEST & temuduga KPLI di:
    http://www.kliks.my/rahsiakpli

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: