Kisah Srikandi:Ummu Ma’bad dan Kambing Ajaib

Nota: Muhammad bin Abdullah atau Nabi Muhammad adalah nabi dan utusan Allah. Bagi orang Islam apabila bertemu dengan perkataan tersebut, hendaklah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Nama sebenar Ummu Ma’bad ialah Atikah binti Khalid bin Munqiz. Dia merupakan seorang saudara perempuan kepada seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Hubaisy bin Khalid.

Ummu Ma’bad adalah seorang wanita yang baik, murah hati dan pandai berkata-kata. Namanya mula terkenal apabila Nabi Muhammad singgah di rumah sebagai tetamunya.

Peristiwa itu bermula apabila Nabi Muhammad ingin berhijrah ke Madinah. Segala persiapan berhijrah telah disiapkan. Nabi Muhamad dan Abu Bakar telah memilih seorang lelaki yang pandai selok-belok jalan ke Madinah. Lelaki itu bernama Abdullah bin Uraiqith al-Laitsi.

Sementara itu, Abu Bakar pula menyediakan dua ekor binatang sebagai kenderaan mereka ke Madinah. Sebentar kemudian datang Asma binti Abu Bakar menemui ayahnya.

“Ayah, saya ada bawa makanan untuk ayah dan Nabi Muhammad. Makanan ini boleh ayah makan semasa dalam perjalanan nanti,” kata Asma sambil menghulurkan makanan itu kepada ayahnya.

“Terima kasih,” ucap ayahnya.

Makanan yang dibawa oleh Asma itu diikat pada ikatan pinggangnya. Ikatan itu dibelah menjadi dua bahagian. Bermula pada hari itu Asma digelar wanita yang mempunyai dua ikat pinggang.

Abu Bakar dan Nabi Muhammad segera memulakan perjalanan ke Madinah. Selain daripada mereka terdapat seorang hamba milik Abu Bakar yang bernama Amir bin Fuhairah di bawa bersama.

“Kita sudah semakin jauh. Elok kita berhenti berehat dahulu,” kata Abu Bakar.

“Baik, saya setuju,” jawab Nabi Muhammad.

Mereka berhenti ditempat yang mempunyai rumah. Di situ mereka berehat dan mendapatkan bekalan makanan dan minuman. Akhirnya mereka terjumpa sebuah rumah milik Ummu Ma’bad.

Ummu Ma’bad tinggal di padang pasir. Tempat itu terletak disebuah desa yang berhampiran dengan kota Makkah. Tempat itu diberi nama Qudaid.

Kelihatannya Ummu Ma’bad merupakan seorang wanita yang baik. Dia juga seorang yang suka bersedekah. Ini terbukti apabila dia sering memberi makan dan minum kepada sesiapa yang singgah di rumahnya.

“Kami ini orang merantau. Kami berhenti rehat bagi mendapatkan bekalan makanan dan minuman. Adakah awak mempunyai daging dan buah kurma? Kami ingin membelinya,” ujar rombongan Nabi Muhammad.

Ummu Ma’bad memandang setiap wajah ahli rombongan itu. Kemudian dia berkata, “Biasanya apabila saya menerima tetamu, saya akan beri mereka makan dan minum. Saya tidak mengambil sebarang bayaran dari tetamu saya.”

Pada tahun itu daerah tempat tinggal Ummu Ma’bad mengalami musim kemarau yang teruk. Penduduk di situ sudah tidak mempunyai bekalan makanan yang cukup. Mereka terpaksa menahan kelaparan.

Tiba-tiba Nabi Muhammad ternampak kelibat seekor kambing. Lalu Nabi Muhammad bertanya, “Mengapa dengan kambing itu?”

Kambing itu berada ditepi khemah Ummu Ma’bad. Ummu Ma’bad menjawab, “Kambing itu sakit dan ditinggalkan oleh kambing-kambing yang lain semasa melintasi kawasan ini.”

Nabi Muhammad pun bertanya kepada Ummu Ma’bad, “Adakah kambing itu mempunyai susu?”

Ummu Ma’bad pun menjawab, “Badan kambing itu semakin kurus. Pada pendapat saya mungkin kambing itu tidak ada susu.”

Nabi Muhammad menghampiri kambing itu lalu berkata, “Sekiranya saudari tidak keberatan izinkan saya memerah susu kambing ini.”

“Silakan tuan,” kata Ummu Ma’bad.

Nabi Muhammad mengusap puting kambing itu lalu berdoa kepada Allah. Dengan izin Allah kantung susu kambing itu mulai penuh. Nabi Muhammad terus memerah susu kambing tersebut.

“Wahai saudari, bolehkah saudari sediakan satu bekas untuk menampung susu kambing ini? Nampaknya kambing ini menghasilkan susu yang banyak,” kata Nabi Muhammad.

Ummu Ma’bad segara ke dapur dan mengambil sebuah bekas besar. Bekas itu diserahkan kepada Nabi Muhammad. Susu kambing itu diberikan kepada semua ahli rombongan. Nabi Muhammad juga minum susu kambing. Mereka minum sehingga kenyang. Kemudian Nabi Muhammad memerah lagi susu kambing sehingga penuh satu bekas.

“Wahai saudari, ambil bekas ini. Saya tinggalkan susu kambing ini untuk saudari,” kata Nabi Muhammad sambil menghulurkan sebuah bekas berisi penuh dengan susu.

“Terima kasih tuan,” jawab Ummu Ma’bad.

Akhirnya Nabi Muhammad dan ahli rombongan yang lain meninggalkan rumah Ummu Ma’bad. Mereka terus berjalan menuju Madinah.

5 Komen (+add yours?)

  1. antusufi A.k.A. SA Sufi
    Apr 30, 2009 @ 02:56:56

    Salam sua…

    Tersesat kat sini dari laman ummu najah🙂

    Teringin mahu jd penulis…menjenguk blog2 penulis utk motivasi diri…

    Balas

  2. ummunajah
    Apr 30, 2009 @ 03:06:17

    Assalamualaikum Asyikin, buku ini sudah keluar atau belum. Heh, rupa2nya kita sama2 menulis siri 31 kisah serikandi ye🙂

    Balas

  3. Abdul Latip
    May 08, 2009 @ 08:08:59

    Kisah-kisah Srikandi Islam memang menarik dan bagus dibukukan. Semoga berjaya.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: