Kisah srikandi:Ummu Ma’bad pintar berfikir

Semasa di rumah Ummu Ma’bad, dengan izin Allah rombongan Nabi Muhmmad telah dapat minum susu kambing. Mereka sudah tidak lapar dan dahaga. Mereka kembali bertenaga. Ummu Ma’bad sempat masuk Islam sebelum Nabi Muhammad meninggalkan rumahnya. Tiba-tiba datang sekumpulan orang kafir Quraisy melintasi rumah Ummu Ma’bad. Mereka adalah sekumpulan pemuda Quraisy yang telah diarah oleh pembesar kafir Quraisy untuk menangkap Nabi Muhammad. “Saudari, kami ingin bertanya kepada awak. Adakah awak melihat dua orang lelaki dengan rombongannya melintasi kawasan rumah awak ini?” kata ketua pemuda Quraisy itu. “Kami telah diarahkan oleh pembesar Quraisy Makkah untuk menangkap Nabi Muhammad dan rombongannya. Nabi Muhammad telah membuat kekacauan kepada kami,” kata seorang pemuda Quraisy yang lain. “Benarkah mereka ingin menangkap Nabi Muhammad. Saya mesti selamatkan Nabi Muhammad. Sekarang saya sudah menjadi orang Islam. Saya mesti bantu orang Islam dari disiksa oleh kafir Quraisy,” bisik Ummu Ma’bad sendirian. Ummu Ma’bad dengan beraninya berkata kepada pemuda Quraisy itu, “Saya tidak melihat sesiapa pun yang melintasi kawasan rumah saya ini kecuali awak semua. Saya juga tidak pernah kenal dan dengar nama orang yang awak sebut-sebutkan tadi.” “Kemana pula Nabi Muhammad dan rombongannya pergi? Ini adalah tempat yang patut dilaluinya sebelum dia lari ke Madinah. Tidak ada jalan lain lagi yang boleh dilaluinya,” kata ketua pemuda Quraisy itu. Kumpulan pemuda Quraisy menjadi bertambah binggung. Mereka tidak tahu kemana arah dan jalan yang digunakan oleh Nabi Muhammad dan rombongannya. Akhirnya mereka mencari rombongan Nabi Muhammad ke arah yang lain. “Syukur alhamdulillah mereka tidak dapat syak kepada saya bahawa saya mengenali Nabi Muhammad. Saya adalah pengikut Nabi Muhammad,” bisik Ummu Ma’bad sendirian. Ummu Ma’bad seorang yang cerdas dan pintar. Ummu Ma’bad hidup sehingga zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab.

Sudutan petikan buku Bidadari Syurga.

2 Komen (+add yours?)

  1. Abdul Latip
    May 08, 2009 @ 06:20:02

    Assalamualaikum

    Terima kasih sudi melawat blog saya serta meninggalkan jejak membolehkan saya berkunjung ke blog Asyikin. Tahniah kerana Asyikin juga telah menjadi penulis PTS dan sudah berjaya menerbitkan beberapa buku. Syabas.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: