Komen Pembaca

bisnesgulungtikarBuku ini telah ditulis oleh Ahmad Amri Zainal Adnan dan Nurasyikin Ahmad. Buku ini telah berjaya mengupas 44 kesilapan lazim yang biasa dilakukan dalam urusan bisnes harian. Kesilapan-kesilapan seperti ini kebiasaannya terhasil akibat daripada kesilapan diri sendiri, kesilapan merancang dan juga kesilapan dalam perancangan. Kesilapan seperti ini memang memberikan impak yang sangat besar kepada perniagaan anda. Namum begitu, anda masih berpeluang untuk bergelar sebagai seorang usahawan yang berjaya sekiranya mengetahui punca-punca sesuatu bisnes gagal. Buku ini turut menyelitkan langkah-langkah mengatasi kesilapan sebegini dengan lebih efektif. Pengetahuan awal mengenai cabaran dunia perniagaan ini boleh dijadikan sebagai panduan dan pencetus motivasi dalam mendepani ‘sepak terajang’ dunia bisnes.

Ulasan Saya

Pada pendapat saya, buku ini amat baik untuk dijadikan panduan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan. Kupasan isi yang dinyatakan di dalam buku ini memang jelas bagi anda sebagai starter kit dalam melakar jejak awal di dunia bisnes yang ingin diceburi. Benar, dengan mengetahui 44 kesilapan lazim dalam memulakan bisnes, kita pasti dapat membina sebuah empayar perniagaan yang lebih baik disertai dengan pelbagai strategi yang berkesan. Sebenarnya, punca terawal kesilapan bisnes anda adalah berpunca daripada kesilapan diri anda sendiri kerana tiada inisiatif untuk menimba dan mempertingkatkan ilmu perniagaan setiap hari. Fakta ini adalah sama seperti yang dinyatakan oleh Chef Li sendiri di dalam buku-buku karangannya. Sebab itulah selalunya kita lihat walaupun seseorang itu menjalankan aktiviti perniagaan contohnya seperti warung kopi, kedudukan kewangannya masih tetap sama, tiada perubahan apatah lagi penambahan. Kenapa agaknya? Kesilapan seperti ini merupakan akibat daripada kegagalan dalam perancangan mahupun dalam pemasaran. Namun jika diteliti dengan lebih mendalam, masalah seperti ini adalah akibat daripada kesilapan diri kita sendiri. Tidak berusaha untuk menambah ilmu perniagaan melalui seminar-seminar perniagaan yang pelbagai, akibatnya segala perancangan yang dibuat tidak membuahkan hasil yang setimpal.

Akhir kalam, berusahalah mendalami ilmu perniagaan biar sesibuk manapun bisnes kita berjalan. Itu lebih baik!

Sumber: http://readercircle.com/book-review/mengapa-bisnes-gulung-tikar.html

Written by kakeru on March 12, 2008 – 11:35 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: