Muslimah Pilihan: “Hawwa isteri yang sabar” disiarkan dalam Utusan Malaysia

BICARA AGAMA
ARKIB : 09/03/2010

Hawwa isteri yang sabar

HAWWA binti Yazid adalah wanita yang awal memeluk Islam. Dia anak saudara Saad bin Muaz. Dia berkahwin dengan Qais bin al-Khatim al-Aus. Mereka mendapat dua orang anak lelaki iaitu Yazid dan Sabit.

Hawwa adalah seorang wanita yang tabah dan sabar. Suaminya seorang penyair yang sangat terkenal. Semasa Hawwa memeluk agama Islam, suaminya masih menganut agama nenek moyangnya. Berita keislaman Hawwa sampai ke pengetahuan suaminya.

“Saya tidak suka awak menganut agama Islam. Berani awak mempermainkan agama nenek moyang kita,” kata suaminya.

Hawwa dengan tegas berkata: “Saya sudah bertekad dengan agama Islam. Allah adalah tuhan saya. Allah Yang Maha Esa. Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah”.

“Berani awak melawan cakap saya,” kata Qais dengan nada tinggi lalu menampar muka isterinya.

“Biar apa pun yang awak lakukan terhadap saya, saya tidak takut dan gentar,” jelas isterinya yang kesakitan menahan tamparan di pipinya.

Sejak Hawwa memeluk agama Islam, suaminya sering menyiksa dan menyakitinya. Anak-anaknya juga masuk Islam. Yazid dan Sabit merupakan sahabat Nabi Muhammad. Yazid pernah menyertai Perang Uhud.

Berita penyiksaan Hawwa oleh suaminya telah sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad.

“Wahai Nabi Muhammad, saya dengar Qais bin al-Khatim menyiksa isterinya, Hawwa yang sudah memeluk agama Islam. Dia kini tinggal di Madinah,” kata seorang lelaki kepada Nabi Muhammad.

Pada ketika itu Nabi Muhammad masih berada di Mekah. Nabi Muhammad belum berhijrah ke Madinah. Sejak Islam bertapak di Madinah, ramai penduduk yang tertarik dan masuk Islam.

Mendengar berita penyiksaan Hawwa, Nabi Muhammad berasa simpati lalu berkata: “Saya akan bantu dan menyelamatkan Hawwa dari terus diseksa oleh suaminya”.

Pada suatu hari, Qais berjumpa dengan Nabi Muhammad di sebuah pasar iaitu Dzi al-Majaz yang terdapat di Mekah. Pasar itu merupakan pasar orang Arab yang sangat terkenal pada zaman jahiliah.

“Apa khabar Qais,” tanya Nabi Muhammad.

“Saya sihat sejahtera,” jawab Qais.

Lalu Nabi Muhammad berkata lagi: “Wahai Qais, saya menyeru awak supaya ikut jejak langkah isteri awak memeluk agama Islam”.

“Maafkan saya. Pelawaan tuan itu bagus tetapi saya tidak berniat menukar agama. Saya tidak berminat untuk memeluk agama Islam. Tambahan pula pada masa sekarang ini saya sibuk dengan perang,” kata Qais.

Pada masa itu telah berlaku perang saudara antara kabilah Aus dan Khazraj. Perang tersebut hampir memusnahkan kedua-dua belah pihak. Akhirnya perang tersebut tamat di Bu’ats yang terletak berhampiran dengan kota Madinah.

Berkali-kali Nabi Muhammad mengajak Qais memeluk Islam. Qais tetap dengan pendiriannya dengan menolak ajakan Nabi Muhammad.

Sebentar kemudian, Nabi Muhammad berkata pula, “Wahai Qais, saya telah menerima khabar bahawa awak sering menyiksa dan menyakiti isteri awak. Sejak isteri awak masuk Islam, awak layan dia dengan kejam. Kasihanilah kepada isteri awak. Takutlah kepada Allah. Jaga isteri awak baik-baik. Jangan awak sakitinya lagi. Saya berharap awak dapat berbuat baik terhadapnya”.

Qais tersentuh hatinya apabila mendengar kata-kata Nabi Muhammad. Kemudian dia berkata, “Baik, sebagai menghormati awak saya berjanji tidak akan menyeksa dan menyakiti isteri saya lagi”.

Qais pulang ke Madinah dan berjumpa dengan isterinya. Lalu dia berkata: “Semasa saya berada di Mekah saya telah berjumpa dengan Nabi Muhammad. Saya telah berjanji tidak akan menyeksa dan menyakiti awak lagi”.

Hawwa gembira lalu bertanya: “Benarkah?”

“Ya. Mulai pada hari ini saya tidak akan mengganggu urusan awak,” jelas Qais lagi.

“Terima kasih Muhammad kerana membantu saya menyedarkan suami saya akan perbuatan kejamnya terhadap saya. Terima kasih ya Allah kerana telah membuka hati suami saya. Selepas ini saya akan lebih tenang melakukan ibadah kepada-Mu,” bisik Hawwa sendirian.

Hawwa gembira kerana dapat melakukan amal ibadah dengan tenang tanpa sebarang gangguan dari suaminya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: