Dari Catatan Puan Ainon, Sifu PTS

Bagaimana Buku-buku PTS Diletakkan Di Rak Kategori yang Salah

Editor mempunyai andaian. Mereka percaya desain kulit buku dan judul buku yang mereka terbitkan itu sudah amat jelas memberitahu buku itu termasuk dalam kategori apa. Sebagai contoh judul “Sayap dari Syurga” tentulah buku cerita agama.

Pekerja dalam kedai buku yang bertugas menyusun buku juga mempunyai andaian. Ada masanya andaian mereka serupa.

Ada masanya, andaian editor dan penyusun buku amat berbeza. Sebagai contoh, dalam foto di atas buku “Sayap dari Syurga” diletakkan di rak buku fantasi.

Banyak penyusun buku di kedai buku adalah (i) bukan Melayu, dan (ii) bukan Islam. Justeru, berdasarkan desain kulit mereka tidak dapat mengagak kategori buku dengan tepat. Mereka main agak-agak sahaja berdasarkan desain kulit buku-buku itu. Inilah faktor yang menyebabkan buku-buku cerita agama terbitan PTS diletakkan di rak buku fantasi!

Apabila buku diletakkan di rak yang salah, hal itu memberi kesan negatif ke atas jualan buku.

Orang yang mencari buku-buku cerita agama akan pergi ke rak-rak buku agama. Mereka tidak pergi ke rak buku fantasi dan sai-fai. Akibatnya mereka tidak terjumpa buku-buku cerita agama itu.

Peminat buku fantasi dan sai-fai akan pergi ke rak itu dengan tujuan hendak membeli buku fantasi dan sai-fai. Apabila mereka ternampak buku-buku agama, mereka tidak membeli buku-buku itu.

Di sinilah pentingnya peranan eksekutif jualan dan salesman buku. Mereka perlu memeriksa bagaimana buku-bukunya disusun di dalam kedai buku, dan menasihati penyusun kedai buku berkenaan rak yang betul bagi buku-buku tersebut.

(Sumber dipetik dari UNIKA PTS: http://universitipts.com/index.php/P30/)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: