Nabi Isa diangkat Ke Langit

Berita  Nabi Isa disalib dan kematiannya sampai ke pengetahuan ibunya, Maryam. Maryam bersama seorang wanita yang pernah diubati oleh Nabi Isa dari penyakit gila datang melihat sendiri jasad Nabi Isa pada tiang salib.

“Memang benar itu Nabi Isa. Wajahnya benar-benar Nabi Isa,” kata wanita tersebut.

Maryam dan wanita itu bertambah sedih. Maryam pergi berjumpa dengan raja di istana.

“Ampun tuanku. Anak patik sudah dibunuh dan disalib. Patik mohon supaya mayatnya diturunkan dari tiang salib dan dikebumikan,” ujar Maryam kepada raja.

Raja pun bersetuju lalu bertitah kepada pegawainya, “Turunkan mayat Isa dan kebumikannya.”

Maryam pergi berjumpa dengan ibu saudaranya, Elizabeth.

Lalu Maryam bertanya kepada ibu saudaranya, “Mahukah awak menemani saya ke kubur Isa?”

Akhirnya mereka pergi menziarahi kubur Nabi Isa. Semasa dalam perjalanan ke kubur itu,  Maryam dapat merasakan seperti ada orang lain yang mengekori mereka.

Lalu Maryam berkata, “Wahai ibu saudaraku, mari kita bersembunyi di sini.”

Elizabeth merasa pelik lalu bertanya, “Buat apa kita hendak bersembunyi di sini. Tiada sesiapa pun di sini selain daripada kita berdua.”

Mereka berdua berhenti berhampiran kubur. Tiba-tiba Malaikat Jibril pun datang dan bertanya, “Wahai Maryam, kemanakah awak hendak pergi?”

Petikan daripada buku Nabi Isa diangkat ke langit.

Ikuti kisah selanjutnya dalam buku Nabi Isa diangkat ke langit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: