Sahabat Pilihan: Huzaifah dalam Bicara Agama Utusan Malaysia.

BICARA AGAMA
ARKIB : 21/09/2010

Huzaifah pengintip yang pintar

SEMASA Perang Khandak, tentera-tentera Islam terpaksa menghadapi serangan musuh yang ramai. Sementara tentera Islam menghadapi serangan kaum Musyrikin Mekah. Mereka juga terpaksa menghadapi ancaman daripada kaum Yahudi daripada Bani Quraizah di Madinah.

Tentera-tentera Islam sudah keluar dari bandar Madinah bagi mempertahankan kota itu. Ahli keluarga mereka terpaksa ditinggalkan bersendirian tanpa ketua keluarga.

Ini menyebabkan sebilangan daripada tentera-tentera Islam takut dan bimbang ahli keluarga mereka di apa-apakan oleh Bani Quraizah.

“Wahai Nabi Muhammad, saya rasa tidak sedap hati. Isteri dan anak-anak saya tinggal seorang diri di rumah. Saya takut Bani Quraizah membunuh ahli keluarga saya. Saya mahu pulang ke rumah,” kata salah seorang tentera Islam yang menyertai perang Khandak itu.

Nabi Muhammad tidak menghalang dan berkata: “Pergilah kamu pulang ke rumah.”

Seorang demi seorang meminta izin daripada Nabi Muhammad pulang ke rumah. Mereka khuatir keluarga mereka diancam oleh Bani Quraizah yang berada di Kota Madinah.

Pada malam itu, tentera yang lemah semangat pulang ke rumah. Keadaan malam gelap gelita. Angin bertiup kencang. Kini hanya tinggal cuma tiga ratus orang tentera Islam di tempat perkubuan mereka.

Pada malam itu, Nabi Muhammad pergi menziarahi setiap khemah tentera Islam bertanyakan khabar masing-masing.

Nabi Muhammad sampai di khemah Huzaifah. Huzaifah pada ketika itu tidak mempunyai pakaian dan senjata dan hanya mempunyai sehelai cadar milik isterinya yang dibawa bersama dalam perang Khandak itu. Cadar itulah yang digunakannya menutupi sebahagian badannya.

Semasa Nabi Muhammad berada di hadapannya, beliau masih berada dalam keadaan berlutut di lantai khemah. Lalu Nabi Muhammad bertanya: “Siapakah kamu?”

Huzaifah menjawab: “Saya ialah Huzaifah. Maafkan saya kerana tidak dapat berdiri melihat Nabi Muhammad kerana badan saya menggigil kesejukan dan saya malu kerana badan saya tidak berpakaian lengkap.”

Nabi Muhammad berkata: “Bangun Huzaifah. Kamu perlu pergi ke khemah musuh. Kemudian kamu pulang dan beritahu saya berita mengenai pihak musuh.”

Sebelum Huzaifah berangkat ke khemah musuh, Nabi Muhammad sempat berpesan: “Selepas kamu melihat apa yang dilakukan oleh pihak musuh, cepat-cepat kamu pulang ke khemah kita. Jangan kamu buat tindakan sendiri.”

“Baiklah,” jawab Huzaifah.

Sudutan Petikan Buku Sayap dari Syurga

Ikuti kisah selanjut dalam buku “Sayap dari Syurga”¬† Terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: