Kisah Nabi: Nabi Isa diangkat Ke Langit

Maryam dilahirkan daripada hasil perkahwinan Hannah binti Faqud bin Qabil dan Imran bin Hasyim bin Amun. Imran adalah dari keturunan Nabi Daud. Sementara Hannah juga berdarah nabi.

Kehidupan keluarga Imran sederhana. Mereka tinggal di perkampungan Nazareth, Palestine.  Kegiatan ekonomi penduduk di perkampungan itu lebih tertumpu kepada kegiatan pertanian yang pernah dilakukan oleh nenek moyang mereka. Kebanyakan daripada mereka menjalankan kegiatan pertukangan kayu. Mereka mengutip hasil kayu dari hutan dan kemudiannya menjual kayu tersebut kepada pelanggan yang mahu membelinya. Ada juga di antara mereka yang mahir membuat kasut dan mengeringkan buah tin sebagai pekerjaan mereka.

Imran menyimpan hasrat untuk tinggal di Jerusalem. Dia ingin berkhidmat di Baitulmuqaddis.

“Saya pernah bermimpi bahawa saya menjadi siak di tempat suci di Baitulmuqaddis. Saya juga menjaga kebersihan dan membantu kerja-kerja menjaga tempat suci itu,” bisik Imran sendirian.

Petikan daripada buku Nabi Isa Diangkat Ke Langit Terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.

Ikuti kisah selanjutnya dalam buku Nabi Isa Diangkat Ke Langit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: