Sabahat pilihan: Huzaifah Bin Yaman dalam bicara agama Utusan Malaysia

 

BICARA AGAMA

ARKIB : 19/10/2010

Huzaifah suka menuntut ilmu

HUZAIFAH bin Yaman adalah sahabat Nabi Muhammad yang mempunyai kelebihan ilmu tasawuf. Beliau memberinya ilmu yang dapat mengetahui diri orang munafik dan sifat orang itu.

Huzaifah adalah perintis jalan membuat teori-teori ilmu tasauf. Ketinggian ilmu Huzaifah menyebabkan orang ramai yang berasa musykil datang bertanya kepadanya.

Pada suatu hari datang seorang lelaki bertanya kepada Huzaifah, “Kami dengar, kata-kata yang tuan keluarkan itu belum pernah diucapkan oleh sahabat Nabi Muhammad. Dari manakah tuan mempelajari ilmu itu?”

Huzaifah menjawab soalan itu, “Nabi Muhammad mengajar saya ilmu itu”.

Huzaifah juga suka mencari ilmu. Tidak kira apa sahaja ilmu yang mahu dipelajarinya pasti didapati dengan cara yang baik. Boleh dikatakan, Huzaifah seorang yang cepat belajar dan pandai pula.

“Ramai orang yang berjumpa dengan Nabi Muhammad bertanya sesuatu perkara yang baik-baik sahaja. Tetapi saya suka bertanya mengenai perkara yang jahat-jahat. Selepas saya mengetahui perkara yang jahat itu, dapatlah saya menghindari daripada melakukan kejahatan itu,” terang Huzaifah kepada orang itu dengan ikhlas.

“Mengapa kamu bertanya perkara yang jahat sahaja? Perkara yang baik bagaimana?” tanya orang itu lagi.

 

Petikan daripada buku Sayap dari Syurga.

Ikuti kisah selanjutnya dalam buku Sayap dari Syurga hasil tulisan Nurasyikin Ahmad terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: