Sahabat Pilihan: Uwais al-Qarni dalam Bicara Agama Utusan Malaysia

Uwais rindu bertemu Rasulullah

Tarikh Siaran : 1 Disember 2010

Suratkhabar : Utusan Malaysia (Mega Agama)

Selepas berjaya melawan musuh dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad pulang ke rumah. Seperti biasa, beliau bertanya kepada isterinya, “Adakah sesiapa mahu berjumpa saya selama saya tiada di rumah?”

“Ada. Seorang pemuda bernawa Uwais al-Qarni. Beliau datang mahu berjumpa tuan. Saya lihat beliau begitu kecewa selepas mengetahui tuan tiada di rumah,” kata Aisyah kepada Nabi Muhammad.

“Beliau memberitahu saya, beliau tidak dapat menunggu tuan kerana ibunya sakit di rumah. Tambahan pula, tiada sesiapa menjaga ibunya,” jelas Aisyah, isteri Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad tersenyum mendengar penjelasan itu.

Kemudian Nabi Muhammad berkata kepada kepada sahabat yang lain, “Sekiranya kamu mahu mengenali Uwais al-Qarni, kamu dapat lihat di tengah tapak tangannya ada tanda berwarna putih”.

 

Ikuti kisah selanjutnya dalam buku Sayap dari Syurga terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd hasil tulisan Nurasyikin Ahmad.