Siti Hajar: Citra Cinta dan Pengorbanan

Ketahuilah…,

Kita adalah insan,
Hamba yang perlukan petunjuk,
Insan yang kekurangan,
Mencari reda dan rahmat Tuhan yang esa.

Sesungguhnya…,
Setiap percaturan kehidupan,
Ada hikmah di sebalik kejadian,
Meskipun tidak terjangkau akal fikiran,
Di situ ada kebesaran dan kekuasaan Tuhan.

Siti Hajar wanita mulia,
Insan terpilih dan istimewa,
Perintah suami dituruti segala,
Diduga Allah meningkat imannya,
Biarpun ditinggalkan di lembah tandus dan gersang,
Bersama Ismail putera tercinta,
Jiwanya tabah menempuh rintangan.

Perintah Tuhan, Hajar laksanakan,
Di lembah Bakkah tandus dan kering-kontang,
Bekalan makanan sedikit tersisa,
Habis semua kembali lapar dan dahaga,
Kuasa Tuhan tiada siapa mampu menghalang,
Terpancarlah mata air zamzam,
Kurniaan Tuhan berlimpah-limpah.

Bukit Safa dan Marwa menyaksikan keimanan,
Berlari-lari tujuh kali Hajar laksanakan,
Hikmah di sebalik apa dilakukan,
Itulah sai dikerjakan insan.

Menunaikan ibadah haji,
Diumpamakan insan yang lahir bersifat bersih dan suci,
Di kota Mekah manusia mengerumuni,
Mengakui kelemahan diri,
Dalam sebuah pencarian kehidupan ini,
Ibadah korban ditunaikan tanda cinta sejati,
Mencari reda daripada Ilahi,Kerana Tuhan adalah…,
Yang maha benar dan hakiki.

Pembaca yang dihormati, kepada pembaca-pembaca karya Nurasyikin Ahmad buku Siti Hajar ini boleh didapati di kedai buku MPH, Popular Bookstore, bookcafe PTS dan kedai buku lain yang berhampiran dengan kawasan kediaman anda. Semoga terhibur membaca buku ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: