Kembara di Bumi Anbia, Palestin

Salam kepada pembaca yang dihormati, pada 10 Mac 2012 dengan izin Allah saya, suami dan anak-anak selamat sampai di Baitulmuqaddis, Palestin. Kenangan indah yang tidak dapat dilupakan. Impian untuk sampai di Masjidil Aqsa akhirnya tercapai jua dengan izin Allah. SubhanaAllah… itulah perancangan yang ditetapkan oleh Allah kepada tetamunya.

Masjidil Aqsa merupakan tempat yang suci dan tempat yang telah disinggah oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi orang Islam. ditempat itu juga terdapat para nabi dan rasul yang pernah tinggal dan menjalani kehidupan mereka di situ. Antaranya Nabi Ibrahim, Nabi Lut, Nabi Sulaiman, Nabi Yahya, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Daud, Nabi Isa dan Nabi Yahya.

Daripada Abu Darda’ r.a. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, Maksudnya:

“Menunaikan satu solat di Masjidil haran menyamai 100000 solat. Menunaikan solat di masjidku (Masjid Nabawi) menyamai 1000 kali solat dan menunaikan solat di Baitulmuqaddis (Masjid al-Aqsa) menyamai 500 kali solat”.

(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani)

Suasana di dalam Masjid al-Aqsa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: